KPDNKK Serbu Permis Jersi Tiruan Di Serian


KUCHING : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sarawak telah menyita 105 helai jersi pasukan bolasepak Sarawak tiruan dalam satu serbuan ke sebuah premis membekal jersi di Serian semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Cawangan Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim berkata, serbuan dilakukan hasil daripada maklumat orang awam yang menjadi penyokong setia pasukan bolasepak Sarawak.

"KPDNKK telah menyita kesemuanya dan akan mengambil tindakan di bawah Akta Prihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan untuk sehelai jersi denda maksimum adalah RM10,000 atau 3 tahun penjara.

"Jika didapati bersalah' denda maksimum secara keseluruhan mengikut 105 helai jumlah jersi berkenaan di mana permis ini akan berhadapan dengan denda maksimum RM1,050,000 atau 3 tahun penjara," katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat KPDNKK pagi tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa KPDNKK khususnya sekyen penguatkuasaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana orang yang menjual jersi-jersi bolasepak Sarawak tiruan dan akan menghadap mereka ini ke mahkamah.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA