KPDNKK Kesan Peniaga Menyalahi Peraturan Pada Op SUKMA



KUCHING : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sarawak telah berjaya mengekang peniaga yang tidak meletak tanda harga dan menjual barang tiruan pada Op SUKMA yang lepas.

Timbalan Pengarah KPDNKK Abd Hafidz A Rahim berkata dengan adanya pegawai-pegawai KPDNKK di lapangan pada waktu berlangsung Sukan Malaysia (SUKMA), secara tidak langsung dapat mengawal perjalanan dan peniaga-peniaga untuk mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Namun kesalahan yang dikesan berlaku adalah tidak meletakkan tanda harga dan menyukarkan pengguna untuk membeli barang yang diniagakan.

"Antara barang yang sering melanggar peraturan yang tidak mempamerkan tanda harga ialah barang makanan seperti kek lapis dan lada hitam," katanya ketika menjawab soalan media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pejabat KPDNKK Cawagan Sarawak pagi tadi.

Beliau turut berkata, terdapat rampasan yang berjumlah 430 unit yang bernilai RM3,003 barang tiruan berjenama yang boleh disabit dalam Akta Prihal Dagangan dimana denda berjumlah RM200,000.00 untuk kesalan pertama jika disabit kesalahan dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Tambah beliau lagi usaha sebegini akan terus dilaksanakan sehingga ke Sukan Paralimpik Sarawak yang akan berlangsung Ogos ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA