Kontinjen Sarawak Sukar Digugat


KUCHING: Kontinjen Paralimpiad Sarawak berada pada landasan terbaik untuk muncul juara keseluruhan temasya Sukan Paralimpiad Ke-18 yang melabuhkan tirainya esok.

Ini kerana setakat jam 1 tengahari, Sarawak agak sukar dicabar dengan memperolehi 43 pingat emas, 38 pingat perak dan 45 pingat gangsa manakala jumlah keseluruhan 126 pingat.

Tempat kedua pungutan pingat diduduki kontinjen Johor dengan 22 pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pngat gangsa.

Kontinjen Perlis dengan 17 pingat emas, empat pingat perak dan tujuh pingat gangsa ditempat ketiga. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA