Kini Wujud iPhone 6S Edisi Pokemon Go


TIDAK dapat dinafikan Pokemon Go ialah permainan peranti pintar yang terhangat sejak Angry Birds, Niantic dan Pokemon Company dijangka mengaut keuntungan mencecah AS$1 Bilion menjelang penghujung tahun ini.

Di Malaysia, ia turut menerima sambutan luar biasa walaupun mendapat halangan pihak tertentu. Kepada peminat tegar Pokemon Go, kini wujud iPhone 6S edisi khas permainan kegemaran anda.

iPhone 6s Caviar Pokemon Go Edition dihasilkan untuk pasaran Rusia, namun tempahan boleh dibuat secara atas talian bagi sesiapa sahaja yang mahu memilikinya.

Panel belakang yang diperbuat daripada titanium mempunyai rekaan Pokemon Go dan logo pasukan Mystic, Valor dan Instinct.

Harga jualan bermula RM 11,048 untuk versi 64 Gigabyte dan RM 11,672 untuk versi 128 Gigabyte. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA