• Kilang Kayu Tanjung Kibong Ranap Dijilat Api

    Published: Monday, 29 August 2016
    A- A+

    SIBU: Sebuah kilang kayu musnah dalam kebakaran di Tanjung Kibong, Jalan Rantau Panjang di sini awal pagi tadi.

    Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.45 pagi dan sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Kami terpaksa menggunakan sumber air jentera sepenuhnya kerana kesukaran memadamkan api," katanya.

    Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kilang Kayu Tanjung Kibong Ranap Dijilat Api "