Khairy Belum Selesai Siasat Kandungan Pendrive 'FAM'


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dia memerlukan masa lagi untuk menganalisis maklumat dalam pendrive yang diberikan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Pendrive itu yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diserahkan oleh Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim ketika menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi.

"Saya terima pendrive itu hari Jumaat, belum selesai... saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan terbabit.

"Bila saya sudah selesai nanti saya akan maklum kepada pihak media apakah tindakan saya berkenaan pendrive terbabit," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama kontinjen ke Sukan Paralimpik Rio 2016, di sini, sebentar tadi.

Pada Julai lalu, Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian sendiri.

Pendrive berkenaan, kata beliau diberikan oleh sahabat berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM.

BH Sukan hari ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menunggu Khairy menyerahkan pendrive berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA