Khairul Hafiz, Nur Aqilah Atlet Terbaik SUKMA-18


KUCHING: Khairul Hafiz Jantan, 18 pelari pecut berasal dari Melaka dinobatkan sebagai olahragawan terbaik, manakala Nur Aqilah Yusof,17 dari Terengganu pula dinobatkan sebagai olahragawati dalam majlis penutupan Sukan Malaysia(SUKMA) ke18 yang melabuhkan tirai dengan penuh gilang gemilang di Stadium Sarawak malam tadi.

Kedua-dua atlet tersebut yang mempamerkan kehebatan sepanjang SUKMA dan berjaya memecahkan rekod dalam acara olahraga dan memanah.

Kejayaan Khairul Hafiz dilihat setelah beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan disamping telah berjaya mencipta empat lagi rekod SUKMA.

Hafiz yang berjaya memadam rekod 18 tahun milik Watson Nyambek dalam acara 100m dengan catitan masa sebanyak 10.18s berbanding rekod lama 10.30s serta rekod baharu SUKMA dalam acara 200m, 4x100m dan 4x400m.

Sementara itu, Nur Aqilah yang berjaya meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada kejohanan kali ini sekaligus memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam pada 2003 dengan catitan baharu sebanyak 331 mata.

Kedua-dua pemenang ini membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala sebagai olahragawan dan olahragawati terbaik.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA