Kewujudan Briged 31 Akan Perkukuh Keselamatan Sempadan Negara


KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memastikan tahap keselamatan di sempadan negara terus dipertingkat dengan beberapa langkah strategik.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, ketika ini ATM sedang berada dalam langkah mewujudkan Briged 31 bagi meningkatkan kekuatan 1 Divisyen dalam memperkukuhkan tanggungjawab menjaga keselamatan sempadan negara.

Menurutnya, ketika ini proses merekrut dan latihan bagi Briged 31 sedang diadakan di Junaco Park.

“Setelah latihan selesai nanti, mereka akan dibahagikan kepada beberapa unit sebelum kerah ke sepanjang sempadan negara menjelang akhir tahun 2017,” katanya

Beliau ditemui pada Program Derma Darah Sempena Sambutan Jublee Emas 50 Tahun 1 Divisyen di Dewan Bukavu Kem Penrissen di sini hari ini

Seramai lebih 250 orang dari kalangan anggota ATM sekitar Kuching dan Kota Samarahan menderma darah pada program tersebut.

“Program derma darah ini merupakan sebahagian daripada Projek Jiwa Murni dimana anggota tentera datang menderma darah secara sukarela.

“Penekanan bukan hanya pada jumlah penderma tetapi pada semangat untuk menderma darah,” ujarnya. - Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA