Ketua Dadah Hidup Macam Raja Di Penjara


ASUNCION – Polis Paraguay yang menyerbu bilik kurungan seorang ketua dadah terkejut mendapati dia hidup seperti ‘raja’ dalam penjara berkenaan.

Bilik kurungan tiga bilik itu dilengkapi perpustakaan, tempat bersantai, televisyen besar, dapur, bilik air besar dan meja mesyuarat.

Koleksi buku dan cakera DVD, termasuk satu mengenai raja dadah, Pablos Escobar yang juga pernah hidup mewah dalam penjara, turut ditemui.

Bilik kurungan itu yang dibina khusus untuk ketua dadah warga Brazil, Jrvis Chimenes Pavao, sudah dirobohkan, kata polis.

Polis melancarkan serbuan itu secara mengejut selepas mereka percaya Pavao merancang untuk melarikan diri dengan menggunakan bahan letupan untuk membuat lubang pada tembok penjara.

Pihak berkuasa Paraguay melancarkan siasatan untuk mengesan pihak yang membenarkan bilik kurungan VIP mewah itu dibina untuk membolehkan Pavao hidup mewah.

Lelaki itu kini dipindahkan jauh dari penjara Tacumbu.

Dia dijadualkan menamatkan hukuman penjaranya atas tuduhan penggubahan wang tahun depan sebelum diusir ke Brazil.

Banduan memberitahu pihak berkuasa, unit mewah itu bukan murah. Tahanan yang mahu duduk di situ perlu membayar wang pendahuluan RM20,000 dan sewa seminggu RM1,600. – Agensi/myMetro Online

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA