Keselamatan Jalanraya Sarawak, Kepakaran MIROS Diperlukan



KUCHING : Kerajaan negeri memerlukan kepakaran Malaysia Institude of Road Safety Research (MIROS) dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Infrastruktur Sarawak Tan Sri James Jemut Masing berkata MIROS begitu aktif dan mengambil berat berkenaan keselamatan jalan raya tetapi ia hanya dilakukan di Semenanjung Malaysia.

"Dalam taklimat hari ini Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam Thye menjelaskan peranan MIROS dalam menangani isu keselamatan jalanraya terutama di Semenanjung Malaysia.

"Bagi menangani perkara serupa berlaku di Sarawak, kementerian saya menerima kerjasama MIROS untuk meningkatkan keselamatan di Sarawak," katanya.

Masing yang mempengerusikan Taklimat Mengenai Keselamatan Jalan Raya berkata kepada media MIROS perlu mengadakan seminar mengenai keselamatan jalanraya kepada orang awam dan itulah jalan terbaik supaya lebih menyeluruh.

"Orang awam sebagai pengguna jalanraya perlu mendapat maklumat apa sepatutnya dilakukan untuk menjaga keselamatan ketika di jalanraya.

"Orang awam juga perlu mengetahui jenis kenderaan yang mempunyai keselamatan yang tinggi bagi menjamin tahap keselamatan di jalanraya," jelasnya.

Turut hadir ialah Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam Thye, Ketua Pegawai Pentadbiran MIROS Profesor Dr Wong Shaw Voon, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dato' Sri Doris Sophia Brodie dan agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan jalanraya kerajaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA