Keselamatan Jalan Raya, MIROS Perkasa Program Kesedaran


KUCHING : Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan terus menjalankan peranannya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan keselamatan jalan raya terutama dengan peningkatan kemalangan setiap tahun.

Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, antara pendekatan diambil termasuk menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pihak media untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

"Isu keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab semua pihak terutama pengguna jalanraya agar lebih peka tentang keselamatan yang perlu dipraktik.

"Keadaan jalanraya dan jenis kenderaan begitu penting. Jalan raya yang begitu baik bukanlah tempat untuk melebihi had laju kerana di Malaysia telah ditetapkan had laju untuk dipatuhi pengguna." katanya.

Beliau berkata, keselamatan jalan raya adalah isu global kerana kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian setiasa meningkat masa kini.

Tambahnya, dalam tempoh 15 hingga 29 tahun kebelakangan ini, sejumlah 1.3 juta kemalangan maut berlaku di seluruh dunia.

"Melalui pengalaman ini, MIROS tampil mengkaji punca-punca kemalangan yang berlaku di Malaysia dan mengambil peranan mencari penyelesaian tentang isu berkenaan.

"Di Semenanjung MIROS telah melaksanakan kajian tersebut dan kini mahu berkongsi bersama kerajaan Sarawak bagi menangani isu keselamatan jalan raya dipertingkatkan," katanya.

Turut Hadir pada Taklimat Berkenaan Keselamatan Jalan Raya termasuk Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Infrastruktur Tan Sri James Jemut Masing dan Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam Thye..-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA