Kes Selesai, Dua Penyerang Universiti Amerika Dibunuh - Polis


KABUL: Serangan ke atas Universiti Amerika di ibu kota Afghanistan berakhir apabila dua penyerang dibunuh, kata polis awal Khamis, hampir 10 jam selepas militan menyerbu kompleks itu.

"Kami mengakhiri operasi. Dua penyerang ditembak mati," kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah polis Kabul, Fraidoon Obaidi, tanpa memberi butiran lanjut.

Serangan ke atas universiti elit itu dilancarkan jam 6.30 petang waktu tempatan pada Rabu bermula dengan letupan besar bom kereta diikuti tembakan.

Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan berkata, seorang pengawal maut dan sekurang-kurangnya 21 lagi cedera, enam daripadanya kritikal.

Tiada rakyat asing dilaporkan antara yang cedera. - REUTERS/AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA