Kereta kebal Turki masuk wilayah Syria


KARKAMIS, Turki: Sebanyak 12 kereta kebal Turki memasuki wilayah Syria bagi mengambil bahagian dalam pertempuran mengusir militan IS dari bandar Jarabulus, menurut jurugambar AFP.

Kereta kebal berkenaan dilihat beroperasi di seberang sempadan dan membedil kawasan yang dikuasai IS.

Kemaraan kereta kebal itu disusuli beberapa kenderaan tentera yang dipercayai membawa pemberontak Syria pro-Ankara. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA