Kerajaan Sudah Luluskan 82,012 Unit PPA1M - Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan kira-kira 82,012 unit rumah di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara sehingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata matlamat beliau ketika mengumumkan inisiatif projek tersebut adalah untuk memastikan penjawat awam memiliki rumah idaman mereka.

"Saya berharap, semua penjawat awam merebut peluang ini untuk memiliki kediaman untuk keluarga anda. Lawat laman web rasmi PPA1M (https://www.ppa1m.gov.my/project/list) untuk melihat senarai projek dan memohon rumah anda hari ini," katanya dalam catatan Facebook dan Twitternya, hari ini.

Pada Oktober lalu, ketika membentangkan Bajet 2016, Najib mengumumkan sebanyak 100,000 unit PPA1M akan dibina menjelang 2018 dengan harga antara RM90,000 dan RM300,000.

Beliau juga memaklumkan bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan juga disediakan. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA