Keputusan SPM Ulangan 2016 Khamis ini


KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan bagi tahun 2016 akan diumumkan pada Khamis ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, kesemua calon akan dimaklumkan keputusan mereka melalui pos atau calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan berkenaan.

Katanya, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM Ulangan 2016 melalu perkhidmatan mySMS 15888 dan perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi 18 Ogos 2016 dan ditamatkan pada pukul 11.59 malam 24 Ogos 2016.

"Seramai 14,150 calon mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan 2016 di 232 pusat peperiksaan seluruh negara.

"Seramai 1,756 petugas peperiksaan telah dilantik untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar. Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan 2016 adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik," kata kenyataan itu lagi. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA