Kenapa Kini Sarawak Sudah Bersuara ?


Seperti kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam satu Majlis Sambutan Hari Sarawak yang lepas menyatakan "Jika 10 hingga 20 tahun Sarawak boleh bersabar, tapi kali ini Sarawak akan bertindak menuntut hak-hak Sarawak dari Persekutuan"

Difahami kenyataan Adenan bahawa Sarawak sukar untuk bersuara sejak 20 tahun yang lalu kerana berkemungkinan besar Sarawak tidak dapat menyuarakan apa yang sepatutnya dan pada difahamkan ia berlaku pada pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

Kini Sarawak sudah mula bersuara kerana difahamkan ia bukanlah menandakan Sarawak sudah tidak sabar tetapi kali ini suara Sarawak didengari dan diterima oleh Persekutuan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang perbincangan agar Sarawak mengemukakan apa hak-hak Sarawak yang seharusnya dikembalikan.

Bukan bermakna Sarawak menentang Persekutuan tetapi menuntut hak adalah sesuatu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan perkara tersebut telah dibangkitkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang lebih bersetuju dengan cara Najib menerima apa yang Sarawak perlu bincangkan.

Najib pernah menyatakan bahawa beliau akan menerima dan berbincang prihal penurunan kuasa dan hak Sarawak jika Adenan adalah rakan berbincang ketika berucap dalam Program Sejiwa Senada yang lalu.

Jelaslah Najib adalah orang yang bertanggungjawab membuka pintu rundingan agar penurunan kuasa dan hak Sarawak dibincang dan mencapai persetujuan mengikut undang-undang yang termaktub. Disini Najib lebih melihat Sarawak sepatutnya mendapat apa yang patut seperti apa yang termaktub dalam perjanjian.

Melalui perbincangan yang berfasa, keputusan telah dapat dicapai dan perbincangan seterusnya dari masa ke semasa akan diteruskan. Keputusan tersebut bukan boleh ditetap sebegitu sahaja kerana ia akan melibatkan undang-undang untuk menyelesaikannya.

Hakikatnya kenapa kini Sarawak bersuara adalah kerana berkemungkinan Najiblah punca pintu perbincangan dibuka selepas Tun Mahathir tidak pernah membuka pintu perbincangan. Rakyat Sarawak perlu bersyukur kerana Najib dan Adenan telah berjaya membuka perbincangan walaupun memerlukan masa untuk mencapai persetujuan.

Perkembangan terbaru berkenaan perbincangan tersebut, PKR melalui Baru Bian Pengerusi PKR Negeri Sarawak turut menyokong tindakan Adenan membincangakan hal tersebut bersama Najib. Ini menandakan cara kedua pemimpin Najib dan Adenan mendapat sokongan daripada parti pembangkang (PKR) Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA