'Kembar' Berhasrat Mahu Jumpa Lee Chong Wei


ALOR SETAR: 'Kembar' Datuk Lee Chong Wei, Ika Syazwani berhasrat untuk bertemu dengan individu yang seiras dengannya itu dan bermain badminton bersama-sama.

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapati dirinya menjadi perhatian selepas kemas kini yang dibuat di media sosial mengenai pemain badminton negara itu menjadi viral.

Paparan skrin posting Ika Syazwani di Facebooknya, "Congrats my twin! #DatoLCW" menjadi viral di media sosial selepas netizen menyedari wajah Ika seiras dengan Chong Wei.

Sejak 2010, beliau telah menaruh harapan untuk bertemu dengan jaguh badminton itu tetapi peluang tidak pernah datang.

"Jika Universiti Utara Malaysia (UUM) boleh menguruskan pertemuan saya dengan Datuk Lee Chong Wei, saya akan sangat, sangat gembira.

"Jika beliau datang ke universiti saya, saya akan mengajaknya bermain dalam perlawanan persahabatan. Saya tidak bermain dengan begitu baik, tetapi saya berharap saya dapat bermain satu perlawanan mudah menentangnya," katanya, sambil menambah beliau juga berharap dapat bergambar dengan bintang badminton itu.

Menurut Ika, beliau mempunyai darah kacukan Cina daripada neneknya.

Ini bukan kali pertama Ika menarik perhatian ramai kerana wajahnya mirip Chong Wei.

Gambarnya pernah menjadi viral pada 2013 dan beliau kembali mendapat perhatian selepas Chong Wei meraih pingat perak di Olimpik Rio.

Sehingga Selasa, beliau telah menerima kira-kira 4,000 permintaan untuk menjadi rakan di Facebook - MStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA