Kemalangan Maut Ragut Nyawa Anak Beranak Di Jalan Serian-Sri Aman


SERIAN: Dua maut termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kampung Munggo Limo Jalan Serian-Sri Aman disini lewat petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang jam 7 petang itu, tiga jenis kenderaan iaitu, Mitsubushi Triton,Proton Iswara dan Proton Saga Flx terlibat dalam kemalangan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam kira-kira 7.51 petang dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian.

"Seramai 10 orang anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan  mendapati kenderaan Proton Iswara yang dinaiki tiga beranak mengalami impak yang teruk.

"Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenalpasti sebagai Sarina Mut, 30,  Olip Jones, 7 manakala Jones Gara, 40an mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran tersebut."katanya.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga berita ini ditulis, keadaan mangsa yang cedera parah masih tidak diketahui dan mangsa-mangsa dari dua buah kenderaan lain disahkan selamat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA