Kemalangan Libatkan Motosikal Meningkat


KUCHING: Kemalangan melibatkan penunggang motosikal di negeri mencatatkan peningkatan 29 kes setakat Julai tahun ini berbanding tempoh sama 2015.

Setakat Julai tahun ini sebanyak 119 kes dicatatkan manakala bagi tempoh sama 2015 dengan 90 kes.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kemalangan 9,996 kes setakat Julai tahun ini.

"Tahun lepas dalam tempoh sama (sehingga Julai) sebanyak 9,329 kes direkodkan. Daripada jumlah itu sebanyak 111 kematian dicatatkan sementara 90 kematian tahun lepas melibatkan penunggang motosikal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Dengan peningkatan kemalangan melibatkan penunggang motosikal, Mazlan menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan kemalangan, jenayah atau dadah.

"Saya percaya masalah ini tidak dibendung, statistik kemalangan jalan raya akan terus meningkat," ujarnya. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA