Kekurangan Tanah Pertanian, Tanah Pantai Dan Tanah Gambut Jadi Alternatif


KUCHING: Kekurangan tanah pertanian menuntut kerajaan negeri untuk mencari alternatif baharu dengan membuka tanah pantai dan mempertimbangkan tanah gambut sebagai langkah paling strategik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, usaha itu penting bagi meningkatkan pengeluarkan makanan dalam memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat.

Selain itu menurutnya, kadar kemiskinan dapat dikurangkan terutama di kalangan masyarakat luar bandar.

"Menggunakan tanah gambut merupakan langkah untuk membangunkan salah satu industri paling pesat berkembang di Sarawak dan menjadi penyumbang utama kepada nilai eksport negeri tahun lalu," katanya berucap pada Majlis Kongres Tanah Gambut Ke-15 di sini, hari ini.

Katanya, Sarawak juga mempunyai kawasan hutan berjumlah 65 peratus dan melebihi sasaran peringkat kebangsaan.

"Alam sekitar adalah keutamaan kerajaan negeri dan sebagai ketua menteri saya telah menjelajahi negeri ini setiap minggu dan melihat kawasan hutan menerusi udara (penerbangan).

Penubuhan pusat biodiversiti di negeri ini juga kata Adenan menunjukkan ketegasan negeri ini dalam menjaga alam sekitar.

Beliau menambah, tanah gambut menjadi sumber penting untuk rakyat Sarawak terutama petani luar bandar. -Sarawakiana.






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA