Kekuatan Kerjasama Pelbagai Pihak Hasilkan Kemenangan BN - Harden


SRI AMAN : Kerjasama dari pelbagai pihak menghasilkan kemenangan tiga DUN di bawah Parlimen 202 Sri Aman dan mencapai kemenangan yang begitu besar secara keseluruhan.

ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis berkata sokongan padu daripada pelbagai pihak dan rakyat memberi kemenangan besar kepada BN dan pembangkang kalah dengan hilang wang cengkeram pada kali ini.

"Walaupun isu berlainan di DUN Bailai Ringin, Bukit Bengunan dan Simanggang yang menjadi mainan pembangkang, kekuatan sokongan membuahkan hasil yang membangkan buat BN," katanya.

"Semasa pilihanraya pihak pembangkang hanya tahu bercakap-cakap sahaja menimbulkan isu tetapi rakyat tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang." jelasnya.

Harden yang menghadiri Majlis Kesyukuran ADUN BN di bawah P202 Sri Aman berkata, kekalahan pembangkang pada pilihanraya membuktikan rakyat masih menyokong dan mempercayai BN.

"Malah pembangkang sanggup bermain politik kasar atau kotor untuk meraih sokongan," ujarnya.

"Rakyat yang menyokong BN telah memberi kesetiaan yang sebenarnya dan menolak politik yang boleh menggadai maruah," tambahnya.
Turut menghadiri majlis tersebut semalam ialah Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Datuk Mong Dagang, Snowdan Lawan dan pemimpin masyarakat dari sekitar Sri Aman.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA