Kegagalan Bukan Penghalang-Nur Aqilah


Kegagalan mendapat pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-17 dua tahun lalu bukan penghalang bagi Nur Aqilah Yusof, 17 menempa kejayaan dan muncul olahragawati SUKMA Ke-18 tahun ini.

Malah kegagalan menjadi pembakar semangat kepada dirinya untuk terus berusaha sehingga mencapai keputusan yang terbaik dan sama sekali tidak menjangka akan dinobatkan sebagai olahragawati.

Aqilah yang berasal dari Terengganu melahirkan rasa gembira hasil penat lelah latihan selama enam hari seminggu membuahkan hasil setelah mendapat tiga emas dan dua gangsa dalam acara memanah di Padang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pingat emas Aqilah dikutip menerusi menerusi acara 60 meter (recurve), 70 meter (recurve) dan berpasukan wanita (pusingan olimpik) recurve manakala dua pingat gangsa diperolehinya menerusi acara 30 meter (recurve) dan perseorangan wanita (pusingan olimpik) recurve.

“Saya tidak menyangka dipilih sebagai olahragawati pada SUKMA Ke-18 ini.

Saya amat gembira dengan apa yang dicapai pada SUKMA pada kali ini,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman tersebut. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA