Kebakaran Tiga Rumah Di Haji Baki Jejaskan 13 Penghuni


KUCHING: Seramai 13 orang penduduk Kampung Haji Baki menghadapi detik cemas apabila kediaman mereka terbakar dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Rumah pertama musnah keseluruhan manakala rumah kedua musnah sebahagian sementara rumah ketiga mengalami sedikit kerosakan.

Kesemua mangsa yang berada di rumah masing-masing semasa kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.44 pagi dan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang serta Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Semasa kejadian, kesemua mangsa berada di rumah dimana rumah pertama didiami lapan orang, rumah kedua (tiga orang) dan rumah ketiga (dua orang).

"Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis kekal setingkat," katanya.

Operasi pemadaman tamat sekitar jam 11.50 pagi. Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA