‘Kapten Mukhriz’ Dulu Gempal, Kini Jejaka Sado


SIAPA sangka, pelakon baharu Raja Afiq yang kini semakin popular menerusi drama Sayangku Kapten Muhkriz, rupa-rupanya pernah memiliki badan gempal.

Dek kerana kekurangannya itu, dia puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil hingga nekad untuk menurunkan berat badan sebanyak 54kg.


Selain diejek, minatnya untuk menyertai dunia seni turut mendorong Raja Afiq berusaha keras menurunkan berat badan.

Usaha gigihnya untuk menurunkan berat badan dari 130kg ke 74kg ternyata membuahkan hasil hingga membuatkan dirinya kini digilai ramai gadis dan diambil menjadi pelakon.

Bercerita mengenai rahsianya, Raja Afiq memberitahu dia mengamalkan pemakanan seimbang selain rajin pergi gimnasium.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang.

“Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.

“Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada antara mereka yang pernah ejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya kepada BH Online.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA