Kanak-Kanak Terima Pampasan RM624,000 Lepas Digigit Unta


VIRGINIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak yang digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah taman safari menerima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75).

Menurut laporan Inside Edition, Madison Holland, 11, terpaksa dirawat selama tiga hari selepas digigit unta milik Taman Safari Viriginia pada Mei 2015.

Menurut peguam Madison, mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong ketika kejadian dan tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.

Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 dari taman safari berkenaan apabila usia beliau menginjak 18 tahun.

Madison kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.

Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.-TV14


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA