Kanak-Kanak 11 Tahun Nyaris Diculik

Foto Bernama
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun nyaris menjadi mangsa culik selepas didekati dua lelaki tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta Kompleks Persekutuan di Anak Bukit, di sini, pagi semalam.

Dalam insiden jam 7.27 pagi, mangsa berada di luar kereta sementara menunggu ibunya mengetip kad perakam masa di pejabatnya.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zara berkata, dua lelaki menaiki sebuah van tiba-tiba datang dan bertanyakan namanya, sebelum menghulurkan coklat kepadanya. Bagaimanapun, katanya, kedua-dua lelaki itu terus beredar sebaik menyedari seorang penunggang motosikal menghampiri kawasan itu.

"Ketika itu saya takut sangat, ...selepas mereka beredar saya terus berlari mendapatkan ibu dan memberitahu kejadian itu," katanya.

Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata dia percaya dua lelaki berkenaan mungkin mempunyai niat tidak baik, sebelum terus ke balai polis dan membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA