'Kami Tak Terima Permohonan Azizulhasni' - MSNT

Foto Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dalam proses menyiasat dakwaan pelumba basikal, Azizulhasni Awang bahawa permohonannya mendapatkan bantuan basikal daripada kerajaan negeri tidak diberi perhatian.

Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu, berkata pihaknya tidak pernah menerima surat permohonan dari anak kelahiran Dungun itu dan tidak tahu sama ada saluran mana permohonan mendapatkan basikal bagi persediaan ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil itu dibuat.

"Kami tak tahu permohonan itu dibuat melalui apa atau siapa. Apa yang boleh saya sahkan, MSNT tidak pernah menerima surat permohonan secara hitam putih daripada mana-mana pihak, termasuk Azizulhasni.

"Sehubungan itu, kami sedang menyiasat sama ada permohonan berkenaan dihantar menerusi e-mel atau surat," katanya kepada BH, sebentar tadi.

Semalam, atlet yang menang pingat gangsa acara Keirin di Sukan Olimpik Rio itu meluahkan perasaan dalam laman Facebooknya, mendakwa Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman tidak membantunya dan seorang lagi pelumba dari Terengganu, Fatehah Mustafa mendapatkan basikal 'roadbike' untuk persediaan ke Olimpik. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA