Justo Dapat Pengampunan Diraja


BANGKOK: Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.

Menurut peguam Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.

"Pengumuman mengenai Pengampunan Diraja disiarkan dalam laman web Warta Diraja malam Isnin. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan bahawa nama Justo berada dalam senarai," kata beliau kepada Bernama, Selasa.

Pengampunan itu bermakna bahawa Justo yang disifatkan sebagai seorang banduan yang sangat baik" oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara yang singkat kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan sebanyak satu pertiga.

Worrasit berkata Justo telah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas.

Selepas diberi pengampunan Diraja, dia hanya akan menjalani hukuman penjara untuk setahun lagi.

Beliau berkata bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu mungkin akan menjalani baki hukuman penjara secara parol atau dipindahkan ke penjara lain bergantung kepada syarat-syarat di bawah Pengampunan Diraja.

Justo didapati bersalah pada 17 Ogos gtahun lepas selepas dia mengaku cuba memeras ugut PetroSaudi International, yang mempunai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, hari Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand.

Dia dituduh mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223). mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA