Jurulatih Atlet Gusti Mongolia Tanggal Pakaian Bantah Keputusan

Jurulatih atlet Mongolia dilihat menanggalkan pakaiannya sebagai tanda protes membantah keputusan penentuan pingat gangsa bagi acara gusti.
HARI terakhir Olimpik Rio dikejutkan dengan kontroversi membabitkan acara gusti lelaki.

Atlet Mongolia, Ganzorigiin Mandakhnaran menentang Ikhtiyor Navruzov dari Uzbekistan dalam penentuan pingat gangsa bagi acara disiplin 65 kilogram.

Mandakhnaran tewas 1-3 dalam keputusan penuh kontroversi sehingga menimbulkan bantahan keras di kalangan kakitangan sokongannya.

Menurut wartawan yang membuat liputan bagi acara itu, jurulatih Mandakhnaran tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Jurulatih itu kemudiannya bertindak menanggalkan pakaian di Carioca Arena 2 sebagai protes membantah keputusan tersebut.

Adam Kilgore, wartawan Washington Post memberitahu, petugas kejohanan itu telah menghubungi polis Brazil untuk membawa keluar jurulatih tersebut bagi melancarkan majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016.- mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA