Jurugan Bawa Muatan Diesel Tanpa Lesen Ditahan

Foto Utusan Borneo
SIBU: Pasukan Polis Marin (PPM) Markas Tektikal Sibu berjaya menahan seorang jurugan kapal kerana membawa muatan disyaki minyak diesel tanpa lesen awal pagi Selasa lalu.

Dalam operasi pada jam 12.20 pagi itu, tiga anggota PPM Markas Tektikal yang bertugas telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kapal dipercayai dalam perjalanan ke Hulu Sungai Rajang.

Semasa pemeriksaan dilakukan, jurugan kapal terbabit gagal mengemukakan surat kebenaran atau lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sibu untuk membawa minyak diesel dianggarkan sebanyak 38,400 liter.

PPM kemudian bertindak merampas sebuah kapal dan muatan minyak diesel dengan keseluruhan nilai mencecah RM1.2 juta.

Juragan dan barang rampasan tersebut telah diserahkan kepada KPDNKK Sibu untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua PPM Wilayah 5 Kuching ACP Sallehuddin Mat Zaman, kes tersebut telah dirujuk kepada pegawai penguat kuasa KPDNKK Bahagian Sibu untuk siasatan lanjut. -UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA