Jualan Udang Membawa Rezeki Melimpah Buat Peniaga Di Medan Niaga Satok


KUCHING: Udang merupakan makanan laut yang menjadi kegilaan ramai dan menjadi tumpuaan pengunjung tempatan mahupun pengunjung luar yang berkunjung ke Medan Niaga Satok, Kuching Sarawak.

Jualan udang membawa rezeki melimpah kepada peniaga dengan pelbagai jenis udang yang di jual dan harga yang dibekalkan kepada pengunjung lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia.

Haji Yusuf Zaini, 66 tahun berkata sering menerima kunjungan pelanggan yang ramai pada jam 10 pagi ke 11 pagi bagi hari biasa berbanding hujung minggu yang sering menerima kunjungan ramai dan padat.

“Jumlah udang yang terjual sehari boleh mencecah 100kg ke 200kg,” katanya

Menurut Haji Yusuf, udang yang di jual adalah mengikut saiz dan jenis.

“Harga bagi Udang Galah yang bersaiz A di jual dengan harga RM70 1kg manakala harga bagi Udang Kolam dijual dengan harga 28 1kg dan Udang Kapas pula RM 24 1kg,” ujarnya.

Menurutnya, udang yang di jual di hantar oleh pembekal dari Lundu, Sematan dan Geligat Sebuyau.

Beliau menjelaskan tumpuan utama pengunjung ialah Udang Galah dan Udang Kapas.

Sarawakiana dimaklumkan perniagaan udang tersebut bermula jam 5 pagi sehingga 6 petang manakala, pada hujung minggu sehingga 4 petang. - Sarawakiana





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA