Jerebu: Malaysia Akan Maklumkan Kepada Indonesia


TAIPING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan memaklumkan secara rasmi kepada rakan sejawatnya di Indonesia mengenai masalah jerebu yang kembali melanda Malaysia sekarang.

Pada masa sama, beliau sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di setiap negeri agar bertindak segera mengenal pasti kawasan pembakaran terbuka dan tidak berlengah mengenakan kompaun kepada pihak terbabit.

"Masalah jerebu kembali melanda negara kira-kira seminggu lalu kerana musim pembakaran untuk pertanian di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. "Kita juga menemui titik panas di Kelantan dan Pahang tetapi ia sudah padam selepas tiga hari," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa peringkat kebangsaan 2016 di Hutan Eko Pelajaran Kuala Sepetang, dekat sini hari ini,.

Wan Junaidi berkata, pihaknya berhasrat memohon agar kawasan Hutan Paya Laut Kuala Sepetang dimasukkan dalam Guiness World Of Record sebagai kawasan hutan paya laut terbesar dunia yang diuruskan dengan baik.

Katanya, langkah itu bagaimanapun memerlukan perbincangan lanjut dengan beberapa pihak termasuk kerajaan Perak, Jabatan Perhutanan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA