Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata


TOKYO – Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah berjaya mencipta bawang yang pasti tidak membuatkan anda menitis air mata apabila dipotong.

Bawang India yang diberikan nama sebaga Smile Ball itu, merupakan bawang yang pertama di dunia yang terhasil daripada kajian yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Menurut sebuah portal Singapura, pada 2002, penyelidik syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah rencana tentang keistimewaan bawang tersebut.

Kejayaan Smile Ball telah mendorong HFG untuk mewujudkan visi tentang penghasilan bawang bebas air mata yang pertama seumpamanya di dunia.

Daripada kajian selama 10 tahun itu, pihak HFG telah menemui ‘bahan’ yang menyebabkan air mata terhasil dan berjaya mengubah sifat sejenis enzim yang memedihkan mata di dalam bawang itu.

Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata.

Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.

Malah menurut pihak HFG, Smile Ball mempunyai rasa manis seperti epal atau pear apabila dimakan secara mentah-mentah. Bagaimanapun, sebagai percubaan, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian.

Sebanyak 5 tan bawang Smile Ball telah berjaya dijual dengan harga 450 yen (RM17.79) sekilogram yang mana harganya dua kali ganda daripada harga bawang biasa.- MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA