Jangan Buat Dakwaan Berdasarkan Khabar Angin - Zahid


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti yang sah berhubung dakwaan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki wang tunai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Zahid turut menyelar tindakan Muhyiddin sebagai satu tindakan yang tidak berasas kerana hanya mempercayainya melalui khabar angin dari orang sekeliling.

“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” tegas beliau ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Mengulas lanjut, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA