Jangan Benar Anak Dijangkiti HFMD Ke Sekolah


BAYAN LEPAS: Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak mereka yang menghidap penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) hadir ke sekolah bagi mengelak jangkitan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ibu bapa dan guru perlu peka terhadap keadaan kesihatan murid dan pelajar.

"Statistik HFMD tahun ini dijangka meningkat dan wujud kebimbangan berlaku penularan dalam kalangan murid kerana ia boleh merebak dalam pelbagai cara.

"Antaranya menerusi benda disentuh murid yang menghidap penyakit itu kepada murid lain," katanya ketika ditemui, hari ini.

Dr Hilmi berkata, pihaknya boleh mengarahkan penutupan sementara sekolah atau pusat asuhan kanak-kanak yang dikesan dilanda penularan wabak itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan belum ada sekolah atau pusat asuhan diarah berbuat demikian. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA