Iraq gantung 36 pesalah tragedi Speicher


NASIRIYAH: Iraq menggantung 36 lelaki yang didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 2014, anggota militan Sunnah yang dipercayai mempunyai pertalian dengan penculikan 1,700 tentera pelatih, kata pihak berkuasa, semalam.

Mereka didapati bersalah kerana terbabit dengan pembunuhan beramai-ramai 'Speicher' (stor) dinamakan sempena nama pangkalan dekat Tikrit yang menjadi penempatan pelatih yang diculik sebelum dibunuh beramai-ramai. Militan IS mengaku bertanggungjawab.

"Pembunuhan 36 orang yang sabit kesalahan jenayah Speicher dilakukan pagi ini di penjara Nasiriyah," kata jurucakap pejabat gabenor di Dhiqar, Abdelhassan Dawood kepada AFP.

Katanya gabenor Dhiqar, Yahya al-Nasseri dan Menteri Kehakiman, Haidar al-Zamili turut hadir untuk menyaksikan hukuman bunuh itu dilaksanakan.

"Mereka dipindahkan ke Nasiriyah minggu lalu selepas presiden meluluskan hukuman bunuh," katanya menjelaskan 'lampu hijau' yang diberikan Fuad Masum. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA