Iran bunuh saintis nuklear yang dituduh belot kepada AS

TEHRAN: Iran menghukum gantung seorang saintis nuklear negara itu yang belot selepas menyerahkan maklumat "sulit dan penting" kepada Amerika Syarikat, kata seorang jurucakap kehakiman semalam.

"Shahram Amiri digantung kerana mendedahkan rahsia tertinggi negara kepada musuh," kata Gholamhossein Mohseni Ejeie kepada pemberita di Tehran.

Amiri, 39, hilang di Arab Saudi pada Jun 2009 dan muncul semula setahun kemudian di Amerika Syarikat. 

Wujud percanggahan mengatakan sama ada beliau diculik atau berpaling tadah ketika ketegangan antarabangsa berhubung program nuklear Iran sedang memuncak.

"Orang yang mempunyai akses kepada maklumat sulit rejim ini mengadakan hubungan dengan musuh nombor satu negara, Amerika dan menyalurkan kepada musuh maklumat sulit dan penting kerajaan Iran," katanya.

Jabatan Negara Amerika Syarikat enggan mengulas lanjut mengenai kes itu ketika ditanya semalam. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA