IPT Gudang Timba ilmu Bukan Gerbang Mainan Politik



Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sudah tidak selamat lagi untuk pelajar menimba ilmu memandangkan permainan politik negatif sudah memasuki serta menghasut minda pelajar untuk merealisasikan agenda menjatuhkan kepimpinan negara tercapai.

Ini adalah satu perkara yang tidak relevan memandangkan IPT adalah pusat untuk pelajar menimba ilmu bagi mendapat segulung diploma atau ijazah agar mereka dapat melangkah ke alam pekerjaan serta mampu membantu menjana pendapatan keluarga.

Hakikatnya ibubapa pelajar orang yang paling kecewa apabila anak-anak mereka dijadikan alat untuk meneruskan agenda politik yang negatif serta meragut harapan yang besar terhadap masa depan anak-anak mereka.

Di sini jelas pihak yang mempunyai agenda politik tidak melihat tanggungjawab ibubapa kepada pelajar dan tidak mengendah betapa pengorbanan ibubapa melihat anak-anak berjaya adalah satu pengharapan keluarga yang inginkan sesuatu kejayaan dalam hidup di masa hadapan.

Dalam isu MO1 dakwaan DOJ, pelajar sepatutnya tidak perlu mengambil bahagian untuk membuat demonstrasi dan mengikut kehendak permainan politik kerana ibubapa telah mengamanahkan mereka untuk menimba ilmu yang sepatutnya.

Ibubapa telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan para pelajar dan menginginkan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan agar para pelajar mampu membina kehidupan yang baik serta menjadi orang yang dihormati oleh masyarakat.

Maka jelaslah harapan ibubapa kepada para pelajar agar menggunakan IPT sebagai gudang menimba ilmu yang perlu dikorek hasil ilmunya dan bukan menjadikan ia sebagai gelanggang permainan politik pihak yang tertentu yang mempunyai agenda politik yang tidak sihat untuk negara serta menjejas pelajran pelajar.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA