Indonesia Tunai Janji Tangani Jerebu



KUCHING : Indonesia menunaikan janji untuk menangani masalah jerebu di rantau ini pada tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berbanding Ogos tahun lepas keadaan jerebu yang melanda Malaysia begitu teruk namun pada tahun ini, keadaannya adalah jauh berbeza dimana ianya jauh berkurangan.

"Kerajaan Indonesia telah menunaikan janji untuk mengawal setiap kebakaran yang berlaku di Indonesia dikawal dengan kadar segera dan buktinya pada bulan yang sama seperti tahun lepas keadaan jerebu di Malaysia sudah bertambah baik dan bacaan IPU pula mencapai tahap sederhana."

Junaidi menambah, padahari ini (Jumaat), terdapat kebakaran di Malaysia cuma satu iaitu di Kapit dan Indonesia terdapat 15 kebakaran.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Taklimat Cadangan Pembinaan Bina Baru di Parlimen Santubong di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini pagi tadi.

"Indonesia telah merealisasikan suara negara jiran dan masyarakat mereka sendiri yang inginkan belenggu jerebu diselesaikan dengan melaksanakan pemadaman kebakaran dengan kadar segera.

"Saya difahamkan, seramai 3,000 anggota polis dan tentera Indonesia telah dikerah untuk mengawal kebakaran yang berlaku di Indonesia dan terbukti usaha berkenaan berjaya menangani masalah jerebu di rantau ini," katanya.  -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA