Indonesia Memberi Jamin Bertindak Tegas Terhadap Pembakaran Terbuka



KUCHING : Jerebu yang begitu teruk di Indonesia pada 2015 telah menjadi iktibar bagi pemerintah Indonesia untuk mengawal selia aktiviti pembakaran terbuka secara drastik.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Perdana Menteri Malaysia telah diberi jaminan oleh Pemimpin Indonesia yang akan mengawal pembakaran terbuka di Indonesia secara drastik ketika Perdana Menteri melawat Indonesia baru-baru ini.

"Pada 2015, jerebu yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Palangkaraya tertinggi iaitu 2900 bacaan dan di Riau 980 bacaan IPU telah menjejaskan kesihatan.

"Dengan itu banyak konsesi-konsesi telah ditarik balik dan mereka telah menggembelingkan 3000 polis dan tentera untuk mengawal selia dan mengambil tindakan segara dalam menangani kebakaran di Sumatera dan Kalimatan," katanya pada sidang media ketika hadir di Majlis Penyerahan Geran MRP bagi P.193 di Dewan Serbaguna Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Santubong petang tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA