Imigresen Filipina tahan 177 jemaah haji Indonesia

Foto: Bureau of Immigration via AP
Imigresen Filipina di Lapangan Terbang Manila menahan 177 rakyat Indonesia yang mahu ke Arab Saudi menggunakan pasport Filipina.

Pesuruhjaya Imigresen, Jaime Morente berkata, lima rakyat Filipina yang mengiringi jemaah haji Indonesia terbabit turut ditahan ketika penumpang terbabit mahu memasuki pesawat menuju ke Madinah.

Beliau berkata, warga Indonesia itu membawa pasport sah Filipina tetapi diperolehi secara mencurigakan dipercayai dibekalkan oleh pengiring warga Filipina terbabit.

Mereka didakwa membayar antara AS$6,000 (RM24,000) hingga AS$10,000 (RM40,000) seorang untuk menunaikan haji menggunakan kuota jemaah haji Filipina.

Morente berkata, identiti penumpang-penumpang terbabit terdedah apabila mereka tidak boleh bercakap bahasa Filipina dan hanya bercakap dalam bahasa Inggeris.

Mereka kemudian mengaku rakyat Indonesia dan tiba di negara ini secara berasingan sebagai pelancong. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA