Idea Baru Ahli Majlis Amat Diperlukan - Simon



KOTA SAMARAHAN : Dengan kepesatan pembangunan Kota Samarahan, pelbagai rancangan pembangunan yang baru akan dilaksanakan di Samarahan dan idea-idea baru amat diperlukan.

Setiausaha Majlis Samarahan Simon Wong Hong Yong berkata, untuk melaksanakan pembangunan berterusan di Samarahan, idea-idea baru begitu diperlukan bersesuaian dengan kebudayaan masyarakat setempat.

"Idea-idea baru sebegini memerlukan kerjasama daripada berbagai peringkat.

"Termasuk Ahli Majlis yang dilantik hari ini sudah semestinya mempunyai idea-idea baru yang mampu diketengahkan kerana mereka ini lebih hampir kepada penduduk kawasan dan ia seharusnya dibincang dan di kongsikan bersama pihak Majlis Daerah supaya pembangunan mudah dilaksanakan.

Beliau turut menyatakan tanpa Ahli Majlis, pembangunan yang lebih mampan sukar dilakukan dan pembangunan akan terbantut serta rakyat yang menerima kesannya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan semalam.

Turut Hadir Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian, Ahli Parlimen Kota Samarahan Puan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo, ADUN Batu Kitang Ir Lo Kher Chiang, Pengerusi Majlis Daerah Samarahan Dato' Peter Minos dan Pegawai Daerah Samarahan Aini Wahab.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA