Ibu, Anak Cedera Letupan Bom 'Ping-Pong' Di Thailand


BANGKOK: Seorang ibu dan anak perempuannya berumur setahun cedera setelah sebutir bom 'ping pong' meledak di rumah mereka di daerah Srimahapo, wilayah Prachinburi, timur Thailand, menurut polis hari ini.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat dari Balai Polis Srimahapo Kapt Jakrapol Jaichuem dengan pantas menolak andaian letupan itu mempunyai kaitan dengan insiden serangan awal pagi membabitkan siri letupan bom dan serangan khianat di negara ini minggu lepas.

"Bom 'ping-pong' itu meletup ketika wanita terbabit sedang membersihkan bilik anak lelakinya. Letupan itu mengakibatkan dia cedera ringan manakala anak perempuannya pula luka teruk," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Kedua-dua mangsa dimasukkan ke hospital berdekatan untuk rawatan. Siri pengeboman dan serangan khianat di tujuh wilayah di selatan Thailand minggu lepas mengorbankan empat orang dan mencederakan 35 orang termasuk 10 pelancong asing.


- Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA