• Hukuman mati diperkenal semula jika rakyat mahu - Erdogan

    Published: Monday, 8 August 2016
    A- A+
    ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata jika negara mahu mengembalikan semula hukuman mati, parti-parti politik di negara itu akan patuh.

    "Jika negara memilih untuk menyokong hukuman mati, saya percaya parti-parti politik akan mematuhi keputusan ini," kata Erdogan.

    "Parlimen Turki yang akan membuat keputusan mengenai hukuman mati ini memandangkan kedaulatan negara terletak padanya. Di sini terlebih dulu, saya akan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Parlimen," katanya.

    Erdogan turut menjawab pengkritik hukuman mati yang mempersoalkan bahawa tidak ada hukuman mati dalam Kesatuan Eropah (EU).

    "Mereka berkata tidak ada hukuman mati dalam EU, tetapi Amerika Syarikat ada; Jepun ada; China ada; sebahagian besar dunia ada. Jadi mereka dibenarkan melaksanakannya. Kita juga pernah melaksanakannya hingga 1984.

    "Ankara dan Brussels kini terbabit dalam rundingan keahlian EU Turki. Bagaimanapun, negara-negara anggota menegaskan bahawa pengembalian semula hukuman mati akan membatalkan proses itu. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Hukuman mati diperkenal semula jika rakyat mahu - Erdogan "