Hujan Lebat, Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan


KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan termasuk Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Subang dilanda banjir kilat pagi ini berikutan hujan lebat sejak jam 7 pagi tadi.

Laporan BHOnline yang memetik jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebagai berkata, air mulai naik jam 7.30 pagi setinggi 0.3 hingga 0.6 meter.

Banjir kilat di sepanjang jalan menuju Lapangan Terbang Subang dan dari Ara Damansara turut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk dari susur keluar Lebuhraya Persekutuan dan Citta Mall.

Banjir kilat dilaporkan turut berlaku berhampiran Tol Sungai Rasau di Shah Alam dari Taman Berkeley, Klang ke persimpangan Batu 3, Shah Alam.

Keadaan sama berlaku laluan menuju bandar raya dari Sungai Besi ke Jalan Loke Yew dan seterusnya ke Jalan Tun Razak, di sini. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA