• Hubungan Dua Hala 3 Brided Dan TNI-AD

    Published: Wednesday, 24 August 2016
    A- A+

    KUCHING : Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Korem 121 ABW yang diketuai Brigader Jeneral Widodo Iryanshah bersama 10 pegawai ke Markas Briged 3 Infantri Malaysia Kem Penrissen sebentar tadi.

    Ketibaan Widodo disambut dengan perbarisan hormat serta sesi suai kenal pegawai tertinggi.

    Dalam lawatan tersebut, kedua-dua mereka akan mengadakan mesyuarat dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diwakili 3 Briged bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

    Tujuan utama perbincangan adalah melibatkan Patroli Terkoordinasi atau Rondaan Bersama di sempadan kedua-dua negara dan aktiviti anak asuh (Program Anak Angkat).

    Mesyuarat yang diadakan setahun sekali ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua buah negara dalam terus menjalinkan hubungan dua hala yang harmoni dan utuh.

    Dalam aturcara lawatan tersebut, Widodo akan hadir bersama Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada sebelah malam nanti. -Sarawakiana
  • No Comment to " Hubungan Dua Hala 3 Brided Dan TNI-AD "