Hayati Dan Semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia

PANTU : Erti kemerdekaan sebenar seharusnya dihayati serta disemarakan agar seluruh lapisan masyarakat di Malaysia memahami kemerdekaan dengan lebih mendalam.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, pada masa kini pemahaman erti kemerdekaan dikalangan warga tua dan generasi muda masih terdapat perbezaan yang ketara.

"Generasi muda tidak mengetahui kemerdekaan sebenar memandangkan terdapat dua tarikh yang berbeza antara 31 Ogos dan 16 September.

"Di sini penerangan daripada generasi tua amat diperlukan agar generasi muda tidak keliru dengan tarikh tersebut," katanya ketika merasmikan Semarak Kemerdekaan N30 Balai Ringin di Kampung Selantik Ili petang tadi. 

Beliau turut menjelaskan bahawa tarikh 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan dan Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu telah bergabung membentuk negara maka tarikh tersebut disambut sebagai hari kemerdekaan.

Pada tarikh 16 September pula, Snowdan berkata bahawa tarikh tersebut adalah bagi memperingati hari dimana tertubuhnya negera bernama Malaysia dan ia disambut sebagai Hari Malaysia.

"Sempena sambutan hari kemerdekaan tidak lama lagi, masyarakat perlu menyemarakkan semangat kemerdekaan agar setiap warga negara mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

"Kita perlu berterima kasih kepada perjuangan mereka yang terdahulu yang sanggup berkorban demi  kemerdekaan Malaysia," ujarnya.-Sarawakiana

"

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA