Hargai Sumbangan 'Orang Lama' Dalam Corak Pembangunan


KUCHING: Sumbangan dan perjuangan 'orang lama' terutama dalam mencorak pembangunan perlu sentiasa dihargai generasi muda, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Mengambil contoh pembangunan SJK Chung Hua Sejijak, beliau berkata, ramai golongan berjaya dilahirkan sekolah terbabit dan ia adalah sumbangan pemimpin terdahulu.

"Untuk kita menghargai apa kecapi sekarang, kita harus melihat balik sejarah dan perjuangan orang-orang terdahulu," katanya pada Majlis Pecah Tanah SJK Chung Hua Stampin hari ini.

Menurutnya, tanpa sumbangan golongan dahulu, mungkin sukar untuk generasi masa kini berjaya terutama dalam bidang akademik.

"Jika tidak disebabkan mereka ini, tidaklah dapat anak-anak kita mendapat ilmu seperti sekarang," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA