Harga Minyak Jatuh Kesan Kemajuan Output AS


LONDON: Harga minyak jatuh petang ini, terjejas dengan kemajuan prospek bagi output Amerika Syarikat (AS) dan lebihan bekalan dalam produk penapisan, sementara sebahagian besar penganalisis menjangkakan tidak ada kesan terhadap bekalan daripada rundingan pengeluar untuk meningkatkan harga.

Kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent jatuh 63 cents kepada AS$44.35 setong pada 0839 GMT.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$42.13 setong, jatuh 64 cents daripada penutup semalam.

Peniaga berkata, lebihan bekalan minyak dan produk bahan api ditapis menjejaskan pasaran, sementara cadangan mesyuarat pengeluar minyak tidak akan memberi kesan ketara untuk mengehadkan pengeluaran.

"Harga minyak jatuh dengan cadangan rundingan OPEC untuk membekukan pengeluaran gagal mengujakan pelabur," kata ANZ Bank. Venezuela, anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) cuba untuk menyokong mesyuarat pengeluar bagi menentukan langkah bagi meningkatkan harga minyak. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA