Hanya Kurang Minum Kopi, Wanita Ini Hilang 44 Kg!


BUKAN dengan cara menahan lapar serta mencuba pelbagai jenis diet ekstrem, seorang wanita Lorraine O’Loughlin hanya mengurangkan jumlah pengambilan minuman kopi bagi mendapatkan tubuh badan yang sempurna.

Mengakui dirinya seorang peminum kopi tegar, Lorraine boleh meminum 15 cawan kopi sehari bagi mengatasi masalah tidur yang dialaminya.


Menurut wanita asal Britain itu, berat badan paling berat pernah dicatatkannya ialah 121 kilogram (kg).

Namun sejak berhenti minum minuman kafein itu, Lorraine berjaya menurunkan berat badannya sehingga 44 kg.

Sejak itu, Lorraine tidak lagi berjaga sehingga lewat malam agar dapat mengawal tabiat pemakanannya.

“Saya terlalu bergantung kepada kopi. Saya memerlukannya untuk berfungsi sepanjang hari.

“Kini saya langsung tak merindui kopi. Saya memakan makanan yang sihat dan tidur dengan baik di malam hari maka badan saya tidak lagi memerlukan kopi,” kata ibu tiga anak ini, memetik laporan Metro UK. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA